BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 29 Jun 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Sungai Liang telah menghadapkan 4 orang suspek warganegara tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi peralatan barang-barang peralatan perkakas seperti 2 unit mesin welding, 2 unit bateri kenderaan jentera berat dan 2 gulung kabel wayar elektrik di kawasan Tapak projek pembinaan Jeti, Jalan Pantai Sungai Liang.
Tiga dari tahanan suspek tersebut mengaku bersalah:-
(1) Azmi bin Jali gelaran Ating, lelaki 32 tahun, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan, Syarikat Hj Adinin & Sons Sdn Bhd dijatuhi hukuman 4 bulan penjara
(2) Zul Helme bin Hj Timbang gelaran Si Jun, lelaki 36 tahun, berkerja sebagai Pengawal Keselamatan, Syarikat Hj Adinin & Sons Sdn Bhd dijatuhi hukuman 4 bulan penjara.
(3) Azrul bin Hj Jali, lelaki 27 tahun gelaran Si Boy, tidak bekerj diijatuhi hukuman 2 bulan penjara.
Ketiga-tiga yang tertuduh dipenjarakan mulai tarikh reman iaitu pada 27/06/2019.
Manakala bagi salah seorang suspek nama Hj Endi Endrawadi bin Hj Md Idris, lelaki 42 tahun, tidak bekerja telah dilepaskan jaminan mahkamah dan akan disambung perbicaraannya pada tarikh 11/07/2019.
Pendakwaan dijalankan oleh DPP Syazwani di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Tertuduh mengaku bersalah melakukan curi di bawah Seksyen 379 (curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
