BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 3 Julai 2019 – Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah menghadapkan dua orang suspek lelaki warganegara tempatan ke Mahkamah Tinggi, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai telah terlibat dalam satu kes rompak bersenjata yang berlaku pada 15/06/2019 kira-kira jam 1200hrs di kawasan Pantai Golf Mentiri.

Dua suspek tersebut menggunakan sebuah kereta dan telah menawarkan mangsa untuk menghantar ke Bandar Seri Begawan dan bersetuju dengan bayaran BND$1.00. Semasa dalam perjalanan, suspek telah membawa mangsa ke kawasan Pantai Golf Mentiri dan memaksa untuk mengeluarkan beg duit sambil mengacukan sebilah pisau. Suspek telah berjaya mengambil wang sebanyak BND$225.00, RM$15.00 dan USD$3.00. Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Suspek pertama Mohd Hasnawie bin Hassani berumur 29 tahun tidak bekerja dan suspek kedua Ak Mohd Redzuan bin Pg Hj Ismail berumur 28 tahun dan tidak bekerja, telah berjaya ditahan pada 16/6/2019 oleh anggota ahli Special Duties gabungan dari Balai Polis Muara, Balai Polis Berakas dan Balai Polis Pusat.

Tuduhan dibacakan kepada kedua-dua suspek dan didakwa di bawah Seksyen 395 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu rompak berkumpulan yang boleh dijatuhkan hukuman tidak melebihi 30 tahun pemenjaraan dan tidak melebihi 12 sebatan.

Tuduhan kedua dibacakan di bawah Seksyen 398 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu rompakan berkumpulan menggunakan senjata yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 7 tahun dan tidak melebihi 12 sebatan.

Pendakwaan telah dijalankan oleh DPP Hajah Hafizah di hadapan Intermediate Court Judge Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni. Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 20 Julai 2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI