TUTONG, Sabtu 29 Disember 2018 – Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menahan dua orang suspek tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes curi besi-besian yang berlaku di kawasan Hua Ho Petani Mall dan Tangki Air JKR Jln Bukit Ambuk setelah menerima maklumat dari orang awam.

Orang awam telah melaporkan kereta yang mencurigakan di kawasan Menara DST Kg Bukit Ambuk lalu anggota dari Balai Polis Tutong pergi ke tempat tersebut dan memerhatikan kereta itu. Tidak lama kemudian, dua orang tempatan keluar dari kawasan hutan berhampiran membawa beg dan menyimpannya di bonet kereta. Penahanan terus dibuat dan setelah kereta serta beg diperiksa, didapati ada besi-besian yang telah dicuri dari kawasan berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan yang dipercayai terlibat dengan kes kes lain.

Sifat peka dan sentiasa awas terhadap sekeliling amat penting dan perlu diasuh oleh setiap individu. Di kesempatan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei amat menyambut baik diatas kerjasama orang ramai dan menyeru agar sentiasa berterusan memberi bantuan dan bekerjasama menyalurkan apa jua maklumat kegiatan Jenayah di Negara ini kepada pihak Polis sama ada berhubung terus ke balai-balai yang berdekatan atau menghubungi talian hotline Polis 993.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI