BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 19 Januari 2019 – Balai Polis Pusat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil membuat penahanan ke atas dua (2) orang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan curi yang berlaku di kawasan Gadong, Daerah Brunei Muara. 

Tertuduh pertama, Mohammad Arif bin Hj Mohd Yasop, 30 tahun dan tertuduh kedua Sanj bin Awang Shahian, 26 tahun. Kedua-duanya adalah warganegara tempatan dan telah diberkas oleh anggota Special Duties Balai Polis Pusat di tempat kediaman masing-masing dan dibawa ke Balai Polis bagi siasatan lanjut. 

Kedua-dua tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 19 Januari 2019 atas tuduhan melakukan curi di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Pihak Mahkamah juga telah meluluskan permohonan bagi tertuduh ditahan reman sehingga 23 Januari 2019 bagi membantu Pihak Polis menjalankan siasatan lanjut dipercayai adanya keterlibatan tertuduh dengan kes-kes lain. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI