BERAKAS, Khamis 4 Julai 2019 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadapkan dua orang suspek warganegara tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan dipercayai terlibat dalam satu kes curi yang berlaku pada 24/06/2019 di Restoran Nailiss Madang Kompleks.

Suspek pertama Mohammad Zulazlaine bin Zoelaliffin berumur 28 tahun tidak bekerja dan suspek kedua Abu Bakar bin Durahman @ Jaini berumur 44 tahun juga tidak bekerja, telah berjaya ditahan pada 02/07/2019 oleh anggota ahli Special Duties Balai Polis Berakas.

Tuduhan dibacakan kepada kedua-dua suspek dan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi yang boleh dijatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun pemenjaraan atau denda.

Pendakwaan telah dijalankan oleh DPP Aeny di hadapan Majistret Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman. Kedua-dua tertuduh telah direman dan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 06 Julai 2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI