LIMAU MANIS, Khamis 23 Julai 2020 – Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama keanggotaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sekali lagi telah berhasil menggagalkan satu percubaan untuk membawa masuk barang tegahan iaitu rokok pelbagai jenama sebanyak 211 katon di kawasan Kuala Lurah, Limau Manis.
Turut ditemui dan ditahan ialah dua (2) orang lelaki warga Malaysia yang dipercayai dalang kepada cubaan menyeludup tersebut.

Kedua-dua suspek beserta barang tegahan dibawa ke Balai Polis Limau Manis dan kes dipindahkan siasatannya ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa komited dalam mengendalikan operasi-operasi sepadu menjurus kepada pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
