TEMBURONG Khamis, 31 Julai 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis Suzuki Alto berwarna biru melibatkan dua orang individu warganegara tempatan iaitu sepasang suami isteri yang disyaki memiliki barang-barang tegahan di kawasan Jalan Batang Duri.
Hasil pemeriksaan terhadap kenderan berkenaan telah mendapati sebuah kotak plastik berwarna hitam yang mengandungi beberapa barang tegahan iaitu 1 karton dan 19 batang rokok serta 2 botol minuman keras. Kedua-dua suspek berserta barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Bangar untuk pemeriksaan selanjutnya.
Suspek- suspek dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja (JKED) pada hari yang sama bagi siasatan dan tindakan selajutnya.
PPDB menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras pemilikan dan pengedaran barang tegahan serta menyeru orang ramai agar bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan melalui talian kecemasan 993 atau balai polis yang berhampiran.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
