BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 16 Feb 2020 – Bersempena Hari Puja Usia Ke-46 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Hajat bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong pada 16 Februari 2020.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Bin Haji Hambali. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid serta Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai, Anggota dan Kakitangan PPDB.

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat serta doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO/Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
