TEMBURONG, Khamis 21 Februari 2019 –  Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) telah dijalankan di Kompleks Kawalan Pemeriksaan Ujong Jalan, Daerah Temburong. 

Operasi Sepadu yang dihadiri seramai 50 orang pegawai dan anggota itu diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah dan Lalulintas Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Azlan Shah bin Pg Hj Ahmad. 

Hasil daripada Operasi berkenaan didapati tidak ada sebarang kesalahan undang-undang yang ditemukan. 

Operasi pada malam tersebut adalah usaha berterusan agensi penguatkuasa undang-undang di Daerah Temburong  dalam meningkatkan keberadaan dan keberkesanan dalam sama-sama membanteras jenayah dan kegiatan menyalahi undang-undang terutama sekali di kawasan-kawasan sempadan di daerah tersebut. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI