LABI,  Khamis 27 September 2018 – Operasi Sekatan Jalanraya hujung minggu telah dijalankan di kawasan Simpang Tiga Jln Merangking/Labi semalam.

Seramai 7 orang anggota dari Balai Polis Labi dan anggota Skuad Tindakan Segera (STS) telah mengendalikan operasi tersebut yang  diketuai oleh Sarjan 2651 Keeleh Bin Bidin. Tujuan lain sekatan dibuat adalah bagi membuat pemeriksaan mengejut serta mengenal pasti kenderaan yang disyaki terlibat dengan mana-mana penglibatan jenayah di negara ini. Tidak ada kesalahan di dapati sepanjang sekatan jalanraya dijalankan.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya disamping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI