BELAIT, Rabu 5 Feb 2020 – Dalam usaha untuk memastikan para pengguna / pemandu patuh pada undang-undang jalanraya, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak ketinggalan bagi mengadakan operasi-operasi sekatan yang kerap di beberapa lokasi yang strategik di negara ini.
Sehubungan itu, satu (1) operasi sepertinya telah dikendalikan oleh Daerah Polis Belait bagi menanai matlamat tersebut. Operasi Sekatan Jalanraya yang telah dijalankan di kawasan Jalan Tengah Seria,Panaga tersebut telah melibatkan seramai 14 orang anggota dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan seorang dari Balai Polis Panaga yang diketuai oleh Sarjan Mejar 2978 Millie bte Damit.
Di sepanjang operasi sekatan, pihak Polis telah mengeluarkan notis peringatan polis sebanyak 19 orang pemandu dan juga 27 pemeriksaan secara ‘Stop and Search’.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi kepentingan para pengguna-pengguna jalanraya untuk patuh pada undang-undang jalanraya di samping meningkatkan usaha kesedaran terhadap kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
