BELAIT, Khamis 4 Julai 2019 – Antara lain usaha yang diterapkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam memastikan para pengguna / pemandu jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya ialah dengan mengadakan operasi-operasi sekatan. Selain itu, ianya juga dianggap berkesan dalam membendung / mengesan dan membuat penahanan secara langsung sebarang kegiatan yang melibatkan jenayah. Sehubungan itu, dua (2) operasi sekatan telah dikendalikan oleh Daerah Polis Belait bagi menanai matlamat tersebut. 

SERIA – Operasi Sekatan Jalanraya telah dijalankan di kawasan depan Refinery Seria. Seramai 10 orang anggota dari Balai Polis Seria telah mengendalikan operasi tersebut yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Percubaan (P/Insp) Boniface Anak Janlita.   Di sepanjang operasi sekatan pihak Polis telah mengeluarkan notis peringatan Polis 190 terhadap 2 orang pemandu kerana tidak membawa lesen memandu serta 2 pemandu telah dikeluarkan kompaun atas kesalahan lesen memandu mansuh dan tidak mempunyai lesen memandu. 

PANAGA – Balai Polis Panaga juga telah mengadakan operasi sekatan jalanraya yang sama bertempat di kawasan Jalan Tengah, Lorong 14 Kg Panaga Seria.  

Mengetuai operasi berkenaan Pegawai Menguasa Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee beserta 11 anggota balai.

Hasil operasi telah mengeluarkan 11 notis peringatan atas kesalahan tidak menampal lesen kenderaan, lampu plat lesen tidak menyala, lesen kenderaan mansuh serta tidak membawa lesen memandu. Turut dikeluarkan ialah 1 kesalahan kompaun ke atas pemandu kerana lesen memandu yang mansuh. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI