BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 2 Februari 2019 – Akibat melakukan curi ke atas satu (1) telefon bimbit, seorang lelaki warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan menerima hukuman.

Tertuduh Mohammad Sahibul Hamizuddin bin Hasnan , 24 tahun telah ditahan oleh anggota Balai Polis Tutong kerana dipercayai terlibat dengan satu kes yang melibatkan kecurian telefon bimbit.

Tertuduh telah mengaku bersalah atas dakwaan curi di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 2 bulan di Penjara Maraburong yang akan bermula pada 22 Januari 2019.

Pasukan Polis Diraja Brunei akan tidak teragak-agak dalam mengambil tindakan tegas dan akan menghadapkan ke muka pengadilan kepada sebarang individu atau kumpulan yang melibatkan diri dalam apa jua kegiatan yang melanggar undang-undang di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI