TUTONG, Rabu 5 Ogos 2020 – Pada 1 Februari 2020, hasil daripada risikan dan siasatan keanggotaan daripada Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seramai 5 orang warga tempatan berumur di antara sekitar 23 hingga 40 tahun dipercayai terlibat dalam kes curi kabel di kawasan Kolam Menternak Udang, Golden Cooperation, Bukit Udal Tutong.

Pada tarikh 5 Ogos 2020, Pihak Mahkamah telah mendapati kesemua suspek-suspek berkenaan didapati bersalah melibatkan 2 hingga 3 pertuduhan seperti berikut;
Tertuduh Pertama, Mohammad Shahrul bin Abdullah Teo, dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 27 bulan dan 2 kali sebatan.
Tertuduh Kedua, Hazwan bin Abdullah dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 23 bulan.
Tertuduh Ketiga, Mohammad Rafie bin Zulkipli dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 17 bulan.
Tertuduh Keempat, Ronnie Azrin bin Sain dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 21 bulan dan 2 kali sebatan.
Manakala tertuduh Kelima, Sharool anak Galau dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 20 bulan dan 2 kali sebatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 iaitu curi dan Seksyen 426 & 427 iaitu rosak barang Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Di kesempatan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menegaskan kepada masyarakat awam bahawa melakukan sebarang kegiatan curi merupakan perbuatan jenayah yang dipandang serius.
Justeru, dengan perundangan yang telah ditetapkan itu, Pihak Polis tidak akan teragak-agak bagi menjalankan tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada mana-mana individu atau kumpulan yang didapati mempunyai penglibatan dan pengetahuan terhadap sesuatu jenayah yang telah dilakukan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
