SENGKURONG, Selasa 14 Jan 2020 – Satu (1) unit bateri kereta yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri telah dilaporkan ke Balai Polis Sengkurong di mana kejadian tersebut berlaku di kawasan rumah kediaman di Kg Lugu, Mukim Sengkurong.
Menurut keterangan mangsa, semasa pulang ke rumah dan telah mendapati kereta mangsa tidak boleh dihidupkan. Sejurus membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut telah menemukan bateri kereta mangsa tidak ada berada ditempatnya. Mangsa kemudian mensyaki suspek adalah dalangnya lalu segera melaporkannya ke Balai Polis Sengkurong bagi dijalankan siasatan lanjut.
Suspek bernama Afiq bin Abdullah berumur 31 tahun tidak bekerja telah ditahan oleh pihak polis dan mengakui ada melakukan curi terhadap bateri kereta mangsa lalu menjualnya di kedai besi buruk di kawasan Ban 6.

Bateri tersebut berjaya ditemukan kembali dan dirampas bagi dijadikan bahan bukti penyiasatan.
Suspek berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan telah sabit hukuman di mana Pihak Mahkamah menjatuhkan pemenjaraan selama 4 minggu di Penjara Maraburong bermula 14 Januari 2020.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah seperti curi dan merosakkan harta benda orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sebarang pelaku-pelaku jenayah akan dihadapkan ke muka pengadilan bagi menerima hukuman sewajarnya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
