GADONG, Isnin 24 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan majlis ceramah khas bagi pegawai dan anggota-anggota PPDB di Daerah Brunei & Muara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ceramah khas bertajuk “Meningkatkan Kefahaman Tentang Islam” yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Hadir ke majlis berkenaan Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Simpanan, Penguasa Polis (Superintendant of Police) Haji Mohamad Khairul Amilin bin Haji Idris dan turut hadir pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB.
Antara objektif majlis adalah untuk meningkatkan kefahaman bahawa ajaran ugama Islam merangkumi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi, selain bagi mendukung dan merealisasikan hasrat Negara Zikir.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
