BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 06 Okt 2018 – Balai Polis Berakas melalui program Pengawasan Kejiranan (PK) telah mengadakan aktiviti kebajikan iaitu gotong-royong bersama ahli-ahli PK Kampung Jaya Setia / Jaya Bakti / Kg. Burung Pinggai Berakas.
Dengan adanya aktiviti sedemikian, ahli-ahli PK akan berkesempatan untuk berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang perihal keadaan kampong. Disamping itu, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu lebih mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat dan mahabbah.
Program PK ini diketuai oleh Sarjan 3094 Azlan bersama sepuluh (10) orang anggota Balai. Mewakili ahli PK , Ketua Kampung Jaya Setia / Jaya Bakti / Kg. Burung Pinggai Berakas, Yang Mulia Haji Nordin bin Haji Abu Bakar, dan lima (5) orang ahli PK Kampung tersebut.

Tumpuan pembersihan dijalankan dikawasan Padang Bola di ikuti dengan memotong dahan-dahan pokok yang telah menghalang laluan kenderaan dikawasan jalanraya kampong tersebut.
Aktiviti gotong royong ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silatturahim dan kerjasama diantara PPDB dan ahli-ahli PK kampung tersebut dalam memberi keselesaan kepada masyarakat kampung tersebut untuk membuat sebarang aktiviti sukan dan riadah setiap hari.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
