BRUNEI MUARA, Isnin 15 Okt 2018 – Peranan dalam menjaga keselamatan terutama sekali kawasan kediaman adalah tanggungjawab yang perlu di pikul oleh semua pihak. Oleh itu, rangkaian kerjasama dan keprihatinan sesebuah komuniti masyarakat seperti Pengawasan Kejiranan (PK) dilihat dapat membantu dalam menjana kehidupan yang aman dan lagi harmoni.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan telah mengendalikan perjumpaan serta membuat rondaan bersama ahli-ahli (PK) Kg Belimbing.
Mengetuai rondaan tersebut, Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis Hj Mohammad Fadzil bin Hj Suhaimin bersama 7 anggota Balai. Manakala, Ahli PK di hadiri oleh Penghulu Mukim Kianggeh, YB Awang Naim bin Hj Kamis beserta 3 Ahli PK Kg Belimbing.
Rondaan tersebut bermula dari kawasan Kampong Ujong Bukit, Kampong Tamoi, Tumasek, kemudian ke kawasan Airport Lama, Tasek Lama , Kawasan Kianggeh dan di berakhir di kawasan Dermaga Diraja.
Tidak ada sebarang kegiatan yang mencurigai di temukan sepanjang rondaan berkenaan di jalankan.
TUTONG– Balai Polis Tutong turut menjalankan operasi rondaan bersama PK Kg Bukit Beruang, Tutong.
Seramai 7 anggota Balai bersama 3 ahli PK menjalankan rondaan pencegahan di persekitaran Kawasan Rancangan Perumahan Negara Perpindahan Bukit Beruang. Tidak ada ditemukan sebarang kesalahan.
Walabagaimanapun, usaha bagi meningkatkan program PK akan sentiasa dilaksanakan dengan sebaiknya dan berharap sokongan dan galakan penduduk kampung untuk ikut serta amat diharapkan bagi sama-sama mendokong matlamat ‘bersama masyarakat mencegah jenayah’.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
