BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 16 Mei 2020 – Serbuan pada jam lebih kurang 3 petang tadi telah dijalankan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di dua (2) buah hotel penginapan di kawasan Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat memberikan perkhidmatan seks. 

Susulan pemeriksaan pihak polis telah mendapati beberapa barang bukti seperti wang tunai, telefon bimbit, minyak pelincir serta beberapa kepingan kondom di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan aktiviti yang tidak bermoral tersebut.  

Dua (2) orang wanita yang terlibat merupakan warganegara Viet Nam bernama Le Thi Hoang Dung berumur 27 tahun dan Nguyen Thi Dinh berumur 39 tahun telah berada di negara ini dengan menggunakan pas pelawat. Kedua-dua suspek dan semua barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI