TEMBURONG, Khamis 18 Januari 2024 – Pada 17 Januari 2024, Pasukan Polis Simpanan ‘C’ Kompeni (Polis Hutan) telah menjalankan satu operasi pencegahan jenayah rentas sempadan hutan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei – Malaysia. 

Pada waktu sekitar malam, Pasukan Polis Hutan telah mengesan beberapa orang individu memunggah beberapa kotak besar ke dalam sebuah kenderaan dipercayai barang tegahan yang diseludup dari negara jiran. 

Pasukan Polis Hutan telah bertindak untuk menyerbu kumpulan individu tersebut dan berjaya menahan seorang suspek serta kenderaan yang dipenuhi dengan pelbagai kotak – kotak yang mencurigakan. 

Hasil operasi itu Pasukan Polis Hutan telah berjaya menghasilkan penahanan seorang suspek perempuan warganegara tempatan dan sebanyak 16 kotak daging mentah yang tidak diisytiharkan. Kes ini dilaporkan di Balai Polis yang berhampiran untuk penyerahan ke agensi penguatkuasa undang – undang yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya. 

PPDB beserta agensi penguatkuasa undang-undang yang lain tidak akan ragu-ragu dalam menjalankan amanah dan tugas dalam menegakkan undang-undang negara, dan akan sentiasa komited dalam usaha untuk membanteras sebarang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam. 

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​