TUTONG, Isnin 7 Januari 2019– Satu aktiviti pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) telah diadakan oleh Ahli Fokal Point Balai Polis Tutong bersama Ahli-ahli PK Kg Sg Kelugos bertempat di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS), Kg Sg Kelugos.    

Rombongan pendekatan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong,  Inspektor Ahmad Faez bin Hj Md Salleh, bersama 4 orang anggota balai. Turut hadir di pendekatan tersebut 4 orang ahli PK kampong itu yang dihadiri sama oleh Yang Mulia Hj Ismail bin Hj Mohammad, Ketua Kg Sg Kelugos. 

Matlamat lawatan dibuat adalah bagi penerangan dan juga merancang strategi pencegahan dalam perihal kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dan yang telah dilaporkan ke Balai Polis. 

Dalam pada itu, tujuan juga mengeratkan lagi talian silaturahim dan perkongsian maklumat jenayah dan kegiatan-kegiatan di kampong serta kawasan persekitaran tadahan. 

Disamping itu, turut dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti rondaan Pencegahan Jenayah dan kempen kebersihan kampong dalam perancangan bersama ahli-ahli kampung itu. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI