MUARA, Khamis 6 Feb 2020 –  Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan Operasi Sekatan Jalanraya di kawasan Jalan Industri Kampong Salar, Muara. 

Hasil sekatan operasi telah mengeluarkan 5 kesalahan kompaun ke atas pemandu yang didapati melanggar akta kesalahan seperti 3 kesalahan plat lesen tidak terang, 1 kesalahan lampu dipasang dengan tidak betul yang boleh membahayakan dan 1 kesalahan disebabkan tayar botak. 

Pasukan Polis Diraja Brunei mengingati kepada orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalanraya, pandu dengan cermat dan selamat serta hindari daripada sebarang kemalangan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​