SERIA, Khamis 29 November 2018 – Sebanyak 2 Operasi Sekatan Jalanraya telah dijalankan pada minggu ini yang tertumpu di kawasan Jalan Tengah Seria lorong 14 Panaga berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Belait dan kawasan Jalan Tengah Anduki, Seria.
Operasi di kawasan Jalan Tengah (Lorong 14 Panaga) tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail Abdullah beserta 10 ahli Balai.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, Pihak Polis telah mengeluarkan surat-surat peringatan (Polis 190) kepada pemandu-pemandu yang terlibat untuk tampil ke Balai bagi siasatan dan penjelasan lanjut.
Di samping itu, Seramai 9 orang anggota dari Balai Polis Seria telah mengendalikan operasi yang sama di kawasan Jalan Tengah Anduki, Seria yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Percubaan (P/I) Boniface Ak Janlita.

Sebanyak 7 orang pemandu telah dikeluarkan surat peringatan (Polis 190) dan tidak ada perkara-perkara yang mencurigakan berkaitan kesalahan jenayah di temui.
TUTONG – Turut menjalankan Operasi sekatan Jalanraya adalah daripada Balai Polis Tutong yang di anggotai seramai 12 orang di ketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Percubaan (P/I) Abdul Hakim bin Hj Mohd Salleh.
Operasi yang dijalankan di hadapan Balai Polis Tutong telah mendapati 6 kesalahan dan tindakan kompoun telah dikeluarkan kepada pemandu – pemandu yang terlibat. Antara kesalahan yang di dapati ialah mengubah suai kenderaan, tayar tidak selamat untuk di gunakan (nampak benang) dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Sekatan Jalanraya ini dibuat adalah bagi membuat pemeriksaan mengejut kepada para pemandu yang di dapati melanggar peraturan-peraturan lalulintas serta mengenal pasti kenderaan yang disyaki terlibat dengan mana-mana penglibatan jenayah di negara ini.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang- undang jalanraya disamping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas dan juga jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
