BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 17 Ogos 2019 – Dua (2) orang anggota beruniform hari ini 17 Ogos 2019 dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana disyaki terlibat dengan kes curi.
Suspek pertama bernama Sahirol bin Suhaili 38 tahun dan suspek kedua bernama Mohd Hidayatullah bin A.S Narodin berumur 30 tahun, kedua-dua bekerja sebagai anggota beruniform telah dipercayai melakukan curi 3 unit radiator dari jentera penggali ‘excavator’ di alamat Spg 124, Kg Selayun Sengkurong. Barangan curi tersebut lalu dijual ke kedai kitar semula di Kg Mulaut bagi mendapatkan wang.
Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada Sahirol bin Suhaili pemenjaraan selama 12 bulan bermula 15 Ogos 2019 dan Mohd Hidayatullah bin A.S Narodin selama 2 bulan bermula 17 Ogos 2019 atas kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 di Penjara Maraburong.
Di kesempatan ini, PPDB ingin menasihatkan kepada orang ramai agar lebih peka dan berhati-hati dalam menjaga barang-barang yang berharga agar tidak mudah untuk menarik perhatian penjenayah serta mengelakkan dari berlakunya jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
