BRUNEI MUARA, Ahad 14 April 2019 – Satu acara kebajikan iaitu senam aerobik telah dikendalikan oleh unit pengawasan kejiranan Balai Polis Pusat bersama penduduk Kampung STKRJ Rimba, Mukim Gadong ‘A’. 

Acara tersebut turut dimeriahkan lagi dengan Pertandingan suara burung anjuran Pekicau Pulau Tangki (PPT) yang telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Misle Bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei Dan Muara.

Turut hadir Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB, Inspektor Bakrie Asmie Bin Abu Bakar dan Ketua Kampung STKRJ Rimba, Yang Mulia Awang Abdul Wahab Bin Timbang/Rosli. 

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Pengawasan Kejiranan serta peminat-peminat burung di samping berpeluang berkenalan serta bertukar-tukar pengalaman dengan peminat-peminat burung di negara ini. 

LUMUT – Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut I telah membuat rondaan pencegahan jenayah yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Kanan Polis Haji Rabiul Shukreen bin Haji Abdullah bersama 3 orang keanggotaan Balai Polis Sungai Liang dan Pemangku Ketua Kampung Lumut I, Yang Mulia Haji Abdul Aziz bin Haji Gani bersama seorang ahli PK. 

Rondaan berjalan kaki bermula di kawasan Jalan Kampung Sungai Bakong Lumut dan hasil rondaan yang dijalankan tiada kesalahan mahupun kegiatan mencurigakan yang menyalahi undang-undang ditemui. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI