BRUNEI MUARA, Rabu 20 Mac 2019 – Ahli Fokal Point Daerah Polis Brunei Muara telah mengadakan program pendekatan bersama Ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampong Kilanas dan Kampong Jangsak.
Mengetuai pendekatan tersebut ialah Kopral 4604 Hasnan bersama 04 orang anggota dan turut hadir Timbalan Pengerusi PK Kampong Kilanas iaitu Yang Mulia Mohd Husmawi bin Ghani dan Timbalan Pengerusi Kampong Jangsak iaitu Yang Mulia Haji Untong bin Haji Mubin.
Intipati perbincangan untuk mengadakan taklimat mengenai PK ke Ketua Belia-Belia Masjid Kg Kilanas, Masjid Kg Jangsak dan Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kilanas.


Balai Polis Muara juga telah membuat pendekatan ke Pemangku Ketua Kampong RPN Kampong Meragang, Yang Mulia Mohammad Hadi Muslim bin Abdullah dan juga perjumpaan bersama Pemangku Ketua Kampong Kapok, Yang Mulia Pg Hj Ibrahim bin Pg Timbang.
Pendekatan tersebut diketuai oleh Staff Sarjan 2870 Dahlan bersama 02 orang anggota Balai menjurus kepada perbincangan mengenai program dan perancangan PK yang akan diadakan di kampung berkenaan.
TUTONG – Balai Polis Lamunin turut menjalankan 2 aktiviti pendekatan bersama ahli-ahli PK Kampong Birau / Luagan Timbaran dan Pemangku Ketua Kampong Padnunok.

Perbincangan menumpukan mengenai penambahbaikan PK di kampung tersebut, perkongsian statistik jenayah serta merancang Program-program PK yang akan mendatang.
Mengetuai ialah fokal point Balai Polis Lamunin Lance Kopral 5781 Mohd Amirul bin Haji Awang Mat Salleh bersama seorang anggota balai dan 08 ahli PK kampung tersebut.
TEMBURONG – Balai Polis Bangar tidak ketinggalan membuat pendekatan ke rumah panjang Kampong Sibut di bawah tadahan Mukim Amo.

Seramai 8 ahli PK menghadiri pendekatan tersebut. Antara lain program yang dijalankan ialah sesi suai kenal serta penyerahan baju vest PK kepada ahli-ahli yang baru mendaftar di bawah program PK.
Pihak Polis berharap dengan pendekatan seperti ini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman penduduk kampung dalam sama-sama menjaga keamanan dan keharmonian sesuatu kampung serta merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk setempat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
