SERIA, Khamis 18 April 2019 – Kegiatan perjudian telah berjaya diserbu oleh keanggotaan Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hasil kerjasama di antara Balai Polis Seria dan Special Duties Ibu Pejabat Daerah Polis Belait di kawasan kediaman No 33 Jalan Sultan Hashim Seria, Daerah Belait.
Dalam serbuan tersebut telah berjaya menahan seramai 5 orang suspek warganegara tempatan dan warga asing yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang wanita kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian Mahjong.

Serbuan berkenaan turut merampas peralatan perjudian dan sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk perjudian tersebut.
Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Balai Polis Seria untuk dijalankan siasatan lanjut.
Kes siasatan ini disiasat di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 6 kesalahan melibatkan pengendalian tempat perjudian, Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa berusaha menjalankan pemantauan, menjejak serta mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
