BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 30 Januari 2019 – Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil membuat penahan ke atas dua (2) orang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan curi dan menyimpan barang curi yang berlaku di kawasan Daerah Tutong.
Kesemua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, BSB pada 29 Januari 2019 bagi perbicaraan.
Tertuduh pertama , Muhammad Faizul bin Brahim 22 tahun, warganegara tempatan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 6 bulan atas kesalahan Curi di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Tertuduh kedua, Muhammad Amin bin Zabidi 27 tahun, warganegara Malaysia dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 1 tahun dan 1 bulan penjara atas kesalahan secara tidak jujur menerima harta curi di bawah seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan berusaha dalam mencegah, mengesan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sebarang individu yang melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan jenayah di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
