PANAGA, Ahad 20 Januari 2019 – Sempena Sambutan Hari Polis ke-98 tahun 2019, Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Walkathon dan Ekspedisi Berbasikal yang bermula dan berakhir di Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Panaga, Daerah Belait.
Ekspedisi berbasikal sejauh 22km dan Walkathon sejauh 3km itu dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang di pimpin oleh Bilal Surau Panaga Ibu Pejabat Daerah Polis Belait APO L/Kpl 6495 Md Suzaidy bin Md Hassan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam serta Datin dan turut hadir Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, ACP Pengiran Dato Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid.
Turut sama menghadiri dan memeriahkan lagi acara tersebut ialah Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput (Ahli Majlis Mesyuarat Negara), ketua-ketua kampong dan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai, anggotaanggota pangkat rendah PPDB dan orang awam. Semasa acara tersebut, tetamu kehormat juga telah berkesudian bagi membuat pelepasan bagi acara berbasikal dan turut menyertai acara walkathon.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
