BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 28 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menyampaikan taklimat khusus mengenai Penipuan Dalam Talian kepada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan.
Taklimat diadakan di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, dan disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad. Seramai 100 orang pegawai terdiri dari kakitangan Jabatan Belia dan Sukan telah menghadiri sesi ini, yang meliputi perbincangan mendalam tentang pelbagai kes penipuan dalam talian, kesan kepada ekonomi serta sosial.
Antara objektif utama taklimat ini merangkumi penjelasan utama berikutan dalam memberikan kefahaman tentang penipuan dalam talian. Taklimat ini juga menekankan bahawa pendidikan dan kesedaran awal adalah kunci utama untuk mengurangkan risiko terjebak dalam kes jenayah siber, terutamanya di kalangan golongan muda dan pekerja awam yang sering berinteraksi secara digital yang telah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa penipuan.
Dikeluarkan Oleh :UNIT PERHUBUNGAN AWAM PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI