Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

HTU MENGHADIRI BENGKEL DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, Rabu, 23 Julai 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada wakil dari Bahagian Keselamatan dan Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei menghadiri 1st ASEAN Workshop on the Monitoring and Reporting of MERL Framework of the Bohol Trafficking in Persons Work Plan 2.0 (BWP 2.0) di Kuala Lumpur, Malaysia. Bengkel ini diadakan selama dua (02) hari dari 22 hingga 23 Julai 2025 ini dianjurkan dengan kerjasama oleh ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) Philippines dan Malaysia serta ASEAN – Australia Counter Trafficking (ACT) program. 

Bengkel ini merupakan program latihan dikhususkan kepada National ACTIP Representatives (NAR) dan SOMTC focal points mengenai tatacara penyediaan laporan MERL Framework’s results chart untuk menyediakan 2025 Consolidated ASEAN Member States Bohol Work Plan 2.0 Accomplishment Report yang mana merangkumi penelitian dan penyemakan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh negara-negara ahli ASEAN dalam BWP 2.0 yang mengandungi empat teras (4Ps) iaitu Pencegahan, Perlindungan, Pendakwaan dan Perkongsian dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang. 

Bengkel ini dihadiri oleh tiga puluh tiga (33) orang wakil daripada SOMTC, NAR dan pelbagai ASEAN Sectoral Bodies dari sepuluh (10) buah negara ASEAN dan TimorLeste selaku negara pemerhati. Sepanjang bengkel ini diadakan, para peserta telah memahami secara mendalam akan peranan sebagai NAR dan SOMTC focal points dalam pelaksanaan MERL untuk memantau, meneliti, menyemak dan menyediakan laporan mengenai perkembangan pelaksanaan BWP 2.0 di negara masing-masing selain mendukung penambahbaikan yang berterusan. 

htua 1.jpeg

Dikeluarkan Oleh : 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments