Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

DOA SELAMAT BAKAL JEMAAH HAJI BAGI TAHUN 1446H/2025M

GADONG, Isnin 12 Mei 2025 – Bagi memohon keberkatan Allah S.W.T agar kesemua bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta beroleh haji yang mabrur. Satu Majlis Doa Selamat bagi anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang bakal mengerjakan fardhu haji telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong pagi tadi. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pemangku Pesuruhjaya Polis, PPDB bersama Yang Mulia Datin Sabrina binti Abdullah Chong selaku Pemangku Yang Dipertua Pekerti Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB dan Kehadiran Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan, Anggota-anggota pangkat rendah dan kakitangan PPDB. 

Diantara seramai 9 orang yang terdiri dari 5 orang pegawai dan 4 orang anggota pangkat rendah PPDB bakal jemaah haji pada tahun ini yang menerima sumbangan pada majlis tersebut ialah Yang Mulia ACP Masni binti Haji Jamil, ASP Maressa binti Morsidi, ASP Muhammad Ziyad bin Abdul Rahman, P/ASP Rabiatul Adawiyah @ Lina binti Kepli, INSP Awang Farez Akmal bin Awang Aliakbar, SGT 4489 Pengiran Norazaman bin Pengiran Haji Damit serta Isteri, PC 6384 Awangku Muhammad Hassanol Hakeem bin Pg Haji Ahmad, W/CPL 4884 Dayangku Rozita binti Pengiran Mohammad dan APO L/CPL 5937 Ali bin Hamdan serta isteri. 

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam, PPDB itu di mulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia APO STAFF SGT 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan seterusnya bacaan doa selamat dan tolak bala dan di akhiri dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments