Bangar, 20 Januari 2025 – Satu Operasi Tinjauan yang dikendalikan oleh Balai Polis
Temburong, membuahkan hasil dimana satu percubaan untuk membawa barangbarang tegahan telah berjaya dipintas.
Pada kira-kira jam 5 petang, atas pemantauan yang dibuat, pihak PPDB telah
mendapati sebuah kereta yang disyaki membawa barang tegahan dan setelah
pemeriksaan dijalankan, mendapati tiga plastik besar yang mengandungi minuman
keras. Pemandu dan penumpangnya dibawa ke Balai Polis Bangar untuk siasatan
lanjut.
Operasi Tinjauan tersebut telah berjaya merampas 36 botol minuman keras. Seorang
pemandu warga tempatan dan tidak bekerja dan penumpangnya, seorang remaja
tempatan bersama barang-barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan
Kastam Dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakkan selanjutnya.
Pihak PPDB ingin mengingatkan orang ramai agar jangan melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang negara yang hanya
mendatangkan kerugian pada diri sendiri dan keluarga. PPDB akan sentiasa bergiat
aktif dalam usaha pembanterasan dan pengekangan terhadap kegiatan-kegiatan
penyeludupan barangan tegahan di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI