Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SERBUAN AKTIVITI JUDI ANTIVICE UNIT, JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

​BRUNEI MUARA, Rabu 1 Januari 2024 - Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam dan judi katam-katam selepas membuat serbuan di Mukim Serasa.

Semasa serbuan dijalankan pada 1 Januari 2025 sekitar waktu tengahari itu mensasarkan ke sebuah rumah di kawasan Mukim Serasa, 9 orang suspek berumur diantara 34-69 tahun yang terdiri dari warganegara tempatan dan asing, telah berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian berkenaan.
Bahan-bahan bukti seperti telefon bimbit, matawang Brunei dan asing yang dianggarkan berjumlah BND3,000.00, dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti perjudian tersebut telah ditemui di lokasi kejadian.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah dan seterusnya dijalankan siasatan. Kesemua suspek dicadangkan untuk didakwa atas kesalahan berjudi di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah-Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28, kerana mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah-Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28, sesiapa yang didapati berada di dalam tempat perjudian terbuka dianggap sebagai bermain atau telah bermain di dalamnya.

Pihak polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.


Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments