Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SERBU KEGIATAN TIDAK BERMORAL

​BRUNEI MUARA, Selasa 29 Oktober 2024 - Unit Siasatan Penumpasan Perjudian, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu serbuan yang dipercayai melibatkan kegiatan tidak bermoral.

Serbuan yang dijalankan pada 29 Oktober 2024 sekitar waktu petang itu mensasarkan ke sebuah hotel penginapan di kawasan Gadong, di mana 3 orang suspek ditahan iaitu 2 orang wanita warganegara asing dipercayai menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks dan seorang lelaki warganegara asing disyaki bertindak sebagai bapa ayam kepada wanita-wanita yang ditahan.

Turut dijumpai di tempat kejadian adalah bahan-bahan bukti seperti telefon bimbit, matawang Brunei dan asing yang dianggarkan berjumlah BND $500, kondom dan minyak pelincir di lokasi kejadian dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti tidak bermoral.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah dan seterusnya dijalankan siasatan di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan Seksyen 3(1)(a) Perlindungan Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis Penggal 120 iaitu kesalahan menjual perempuan untuk pelacuran.

Pihak polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.



Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments