Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

RONDAAN POLIS MARIN MEMATAHKAN PERCUBAAN MENYELUDUP BARANG-BARANG DITEGAH.

BRUNEI-MUARA, Khamis 12 September 2024 – Ketika menjalankan rondaan rutin, Polis Marin (PolMar), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya mematahkan satu percubaan membawa masuk barang tegahan melalui perairan negara.

Pada kejadian awal pagi tadi, bot peronda Polis Marin telah mengesan sebuah perahu mencurigakan bergerak laju dari sempadan negara jiran masuk ke perairan Sungai Brunei. Kejar mengejar berlaku yang akhirnya suspek lari meninggalkan perahu di kawasan bakau sekitar kawasan Kampong Sungai Bunga.

Hasil siasatan mendapati perahu sarat mengandungi barang-barang tegahan iaitu, 1899 karton rokok dan sebotol minuman keras. Kesemua barang-barang tegahan termasuk perahu yang digunakan penyeludup, telah diserahkan ke Pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.

PPDB berharap orang ramai yang ada maklumat tentang mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini untuk terus berhubung ke Balai Polis berdekatan atau melalui talian hotline 993.




Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments