Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TANGKAPAN HASIL VIDEO TULAR BP SERIA

​BELAIT, Khamis 18 Jul - Berikutan rakaman video CCTV yang tular di media sosial pada 15 Julai 2024, Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya mengesan 3 orang suspek yang disyaki melakukan cubaan untuk mencuri di kawasan jualan air asahan di Tanah Perkuburan Islam An-Naem, Anduki.

3 warga tempatan berumur lingkungan 37-42 tahun, telah dihadapkan ke Mahkamah dan telah dibacakan tuduhan di bawah seksyen 379 dan 511 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22, iaitu cuba melakukan curi. Ketiga-tiga suspek mengaku tidak bersalah dan ditahan sementara untuk siasatan lanjut.

PPDB meminta bantuan orang ramai yang mempunyai apa jua maklumat mengenai kejadian tersebut untuk dikongsikan kemana-mana Balai Polis berdekatan atau menghubungi terus ke talian 993 untuk membantu siasatan, dan orang ramai dinasihatkan untuk membuat langkah-langkah pencegahan dan sentiasa peka dalam pemantauan kawasan rumah mahupun kampung untuk memastikan keselamatan masyarakat.





Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments