Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMPEN DERMA DARAH 2023 ANJURAN PEKERTI

GADONG, Sabtu, 04 Feb - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Kempen Derma Darah pada tahun ini yang bertemakan “Donoting blood can make a big difference to those in need” berhasrat untuk mewujudkan rasa kasih sayang serta menanamkan sifat beramal jariah dengan menambahkan simpanan tabung darah negara dari sumbangan tersebut. 

Seramai 61 orang penderma telah turut serta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan ahli pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei berserta ahli keluarga PEKERTI. 

Kempen seumpama ini juga diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS. 

Turut hadir di kempen ini ialah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Pengerusi Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​


Attachments