Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SERBU AKTIVITI MENGUTIP NOMBOR JUDI 4D

BELAIT, Khamis 1 Dis - Hasil daripada maklumat yang disalurkan, keanggotaan detektif Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menyerbu sebuah kediaman di kawasan Jalan Pandan 6, Kuala Belait kerana dipercayai menjalankan aktiviti perjudian iaitu mengutip nombor 4 Digit pada 30 November 2022. 

Semasa serbuan dijalankan, pihak polis berhasil menahan seorang lelaki penduduk tetap yang berumur 71 tahun. 

Turut dirampas semasa serbuan ialah bahan-bahan bukti yang dipercayai digunakan bagi perjudian tersebut seperti sejumlah wang tunai, beberapa keping kertas bertulis nombor 4 digit berserta satu telefon bimbit. 

Suspek dan barang-barang bukti dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut. 

Kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 4 - kesalahan melibatkan pengendalian loteri, Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​



Attachments