Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENEMUAN DAGING TIDAK DIISYTIHAR

TEMBURONG, Ahad 2 Okt - Usaha sama menerusi kerjasama Operasi Sepadu Taskforce antara Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menemukan barangan tegahan yang cuba diseludup masuk ke negara ini. 

Penemuan tersebut berlaku pada 1 Oktober 2022 bertempat di kawasan penurunan perahu, persimpangan Kg Puni, Daerah Temburong iaitu semasa rondaan yang dijalankan dan telah menemukan longgokan bungkusan kotak yang mencurigakan diletakkan di kawasan hutan berkenaan. 

Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan tersebut adalah merupakan daging-daging mentah berjumlah 7 kotak daging beku jenama Allana manakala satu (1) kotak lagi tanpa sebarang jenama. 

Kesemua barang tegahan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa proaktif dalam menjalankan penguatkuasaan dan rondaan di kawasan-kawasan sempadan negara bagi mengekang dan membanteras daripada terdedah dan menjadi laluan para penjenayah untuk menjalankan kegiatan jenayah. 

Di samping itu, PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang tegahan ke talian kecemasan polis 993 atau balai-balai polis berdekatan atau melalui laman media sosial Instagram @upa.ppdb.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments