BRUNEI MUARA, Jumaat 30 Ogos 2019 – Sebuah hotel di kawasan Gadong dijadikan lokasi menjalankan kegiatan tidak bermoral iaitu menawarkan khidmat seks melibatkan warga asing. 

Pada 30 Ogos 2019, atas maklumat risikan yang diperolehi, sepasukan keanggotaan daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan serbuan ke dua buah bilik hotel tersebut dalam operasi yang dijalankan selama 2 jam. 

Dua orang wanita warganegara Viet Nam berserta seorang lelaki warganegara tempatan diberkas di dalam bilik yang berasingan dipercayai terlibat dengan kegiatan berkenaan. 

Suspek wanita pertama bernama Duong Thi Hanh berumur 29 tahun telah berada di negara ini sejak 25 Ogos 2019. 

Manakala suspek wanita kedua bernama Nguyen Thi Tu Anh berumur 35 tahun dan telah berada di negara ini sejak 20 Ogos 2019 yang lalu. Kedua-dua suspek menggunakan pass pelawat memasuki negara ini. 

Turut ditemui barangan bukti seperti wang tunai hasil daripada bayaran dari pelanggan dan sejumlah kepingan kondom serta minyak pelincir. 

Difahamkan kegiatan menawarkan khidmat seks ini dilakukan menggunakan aplikasi Wechat untuk meraih pelanggan dan hanya pelanggan yang ditapis terlebih dahulu akan dilayan. 

Kesemua suspek dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bersama barangan bukti bagi dijalankan siasatan lanjut. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A kesalahan menawarkan khidmat seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang membawa hukuman denda tidak kurang $500 dan tidak melebihi $5000 dan juga penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun. 

PPDB akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan di samping tegas dalam menjalankan pembanterasan terhadap perlakuan yang tidak bermoral ini. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak terlibat mahupun terjebak dengan kegiatan ini kerana implikasinya merosakkan maruah diri, nilai temadun dan nama baik negara. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI