HANOI, Selasa 25 Mac​ 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) telah menghadiri mesyuarat dan bengkel the Regional Debriefing Meeting of Operation LIBERTERRA II and Cyber Challenges in the Smuggling of Migrants and Human Trafficking (CCISOM) Workshop bermula 25 hingga 28 Mac 2025 yang dihadiri oleh pihak Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Hal Ehwal Luar, INTERPOL dan ASEANAPOL, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Ini merupakan kesinambungan daripada kursus the Human Trafficking and Smuggling of Migrants Unit Operation LIBERTERRA II (Pre-Operational Hybrid and Operational Coordination) yang telah dihadiri pada 27 September 2024 hingga 04 October 2024. 

Mesyuarat dan bengkel diadakan secara serentak adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai hasil daripada laporan yang dikumpul dan diperolehi semasa Operation LIBERTERRA II yang lepas. Pada masa yang sama ianya memberikan peluang kepada para delegasi untuk berkongsi amalan terbaik, cabarancabaran dan kolaborasi serta kerjasama dengan ahli negara INTERPOL. Manakala bengkel bertujuan untuk mempelajari ciri-ciri mangsa, pendatang asing dan orang yang ditangkap, kos smuggling of migrants (SOM), laluan yang digunakan, modus operandi, temubual dengan pendatang asing dan mangsa, dan isu-isu lain yang berkaitan. Sebanyak dua puluh negara dari negara ahli INTERPOL telah mengikuti mesyuarat dan bengkel serentak ini yang terdiri daripada National Central Bureau (NCB) dan pegawai-pegawai penyiasat dimana sejumlah seratus enam belas (116) negara yang telah mengambil bahagian menyertai di dalam Operasi LIBERTERRA II ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI