BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 21 Sept 2018 – Satu sidang media telah berlangsung hari ini di Bangunan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Gadong berhubung tangkapan Pasukan Polis Diraja Brunei terhadap kes Pecah Rumah, Curi Kereta, Penyeludupan Kereta Curi Serta kes Pemalsuan Matawang.
Mengetuai sidang media tersebut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PPDB, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dato Paduka Awang Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad. Turut sama hadir dalam sidang media tersebut Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Rina Sufina binti Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Besar, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Hamydon bin Ibrahim.
Menurut sidang akhbar yang dinyatakan, Jabatan Siasatan Jenayah PPDB dengan kerjasama Daerah Polis Brunei Muara dan Daerah Polis Belait telah giat membuat tangkapan sejak awal Sept yang lalu sehingga awal pagi tadi bagi menjalankan siasatan berhubung kegiatan curi pecah rumah, curi kereta dan penyeludupan kereta.

Setakat ini seramai 15 orang suspek yang dipercayai terlibat dalam jenayah ini telah berhasil diberkas oleh PPDB. Tangkapan termasuk 13 orang lelaki dan 2 orang wanita.
Siasatan pihak Polis juga telah mendapati kegiatan jenayah curi Pecah Rumah ini berlaku dibeberapa buah kawasan dan tempat di negara ini yang telah dilakukan secara persendirian dan secara berkumpulan. Di samping itu, kegiatan juga melibatkan jenayah rentas sempadan dimana suspek dipercayai berhasil melakukan penyeludupan kereta ke negara jiran.


Setakat ini, sebanyak 19 buah kereta dan 9 buah motorsikal telah dirampas termasuk barang-barang yang dipercayai barang curi seperti perkakas rumah dan barang barang berharga yang ditemui di rumah-rumah suspek. Kesemua barang-barang bukti itu telah di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB dan Kes ini siasat dibawah seksyen 12 (1) (c) dan (i) Akta Passport Penggal 146 dan seksyen 379, 380, 454, 457 dan 411 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. Jika sabit kesalahan ianya boleh dijatukan hukuman denda dan penjara serta sebatan.
Disamping itu juga, turut diperjelaskan didalam sidang media tersebut satu kes yang melibatkan pemalsuan matawang dimana Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan JSJ telah membuat tangkapan keatas serorang lelaki tempatan, Sudiman Bin Mat Yassin berumur 37 tahun kerana melakukan kesalahan jenayah bagi menghasilkan, menggunakan dan memiliki wang kertas palsu.

Tertuduh telahpun dihadapkan ke Mahkamah Majistret BSB dan telah mengaku bersalah keatas 3 tuduhan dibawah seksyen 489A, 489B dan 489C Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 dan Pihak Mahkamah telah menetapkan tarikh menjatuhkan hukuman pada 20 Oktober 2018.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan dan menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa ;
1-Memastikan Kunci kereta tidak di simpan di kawasan yang mudah dilihat didalam rumah.
2- meletakkan kereta di tempat yang selamat.
3- Memastikan kereta dalam keadaan berkunci semasa di tinggalkan.
4- sentiasa peka dan jangan terpedaya ketika mana berurusan menggunakan wang kertas.
5- merujuk ke laman www.ambd.gov.bn bagi mengetahui ciri-ciri keselamatan matawang Negara Brunei Darussalam.
6- Melaporkan perkara itu kepada Pasukan Polis Diraja Brunei atau pihak AMBD dengan segera jika menjumpai matawang yang disyaki palsu.
Dalam pada itu juga, Pihak Polis ingin memaklumkan kepada masyarakat awam agar dapat tampil untuk memberikan atau mengongsikan sebarang maklumat tentang kes kes yang dinyatakan atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis melalui hot line 993 atau balai-balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
