MUARA, Khamis 28 Nov 2019 – Pada tarikh 26 November 2019, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menahan sebuah kapal nelayan negara asing yang menangkap ikan di dalam perairan Negara Brunei Darussalam.   

Kapal berkenaan beserta 6 orang warganegara Viet Nam telah diserahkan kepada Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan dijalankan ke atas kapal berkenaan dan mendapati penemuan peralatan-peralatan menangkap ikan dan juga hasil tangkapan yang dipercayai dilakukan di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.   

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 17 (1) Perintah Perikanan, 2009, kapten kapal akan dikenakan denda tidak melebihi $100, 000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.   

Manakala bagi anak kapal akan dikenakan denda tidak melebihi $2,500 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.   

Kes ini masih dalam siasatan.   

Pasukan Polis Diraja Brunei menyarankan kepada orang ramai akan dapat menyalurkan sebarang maklumat yang melibatkan kegiatan-kegiatan jenayah di perairan Negara Brunei Darussalam. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI