BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 21 Nov 2019 – Empat (4) orang warga tempatan telah ditahan dan dijalankan siasatan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong dan Lamunin kerana dipercayai terlibat dengan 9 kes jenayah yang dilaporkan berlaku di Daerah Tutong. 

Suspek :- 

1. Mohamad Hafizul bin Ibrahim, 23 tahun anggota beruniform 

2. Mohamad Faezunaidi bin Brahim, 19 tahun tidak bekerja 

3. Norazizulsyaah Bani bin Abdul Aziz, 22 tahun tidak bekerja  

4. Mohamad Ezuzuan bin Kesah, 37 tahun tidak bekerja  

Hasil siasatan Pihak Polis ke atas keempat-empat suspek mendapati mereka telah mengaku terlibat dengan kegiatan curi di beberapa lokasi di Daerah Tutong. Walau bagaimanapun, barangan curi tersebut telah dijual dan hasilnya digunakan untuk keperluan peribadi, membeli dadah syabu serta digunakan untuk bermain perjudian dalam talian. 

Kesemua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379, 380 dan 414 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.  

Hasil sebutan kes Pihak Mahkamah mengarahkan untuk semua suspek ditahan reman di Penjara Maraburong sehingga 26 November 2019 bagi penetapan hukuman. 

PPDB ingin mengingatkan kepada orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan sebarang tawaran harga barangan dalam mana-mana urusan jual beli terutama sekali melalui platform media sosial. Sila teliti dan nilai terlebih dahulu sebelum membuat pembelian, mungkin sahaja barangan tersebut hasil daripada barang-barang curi. Jika ada mendapati dan mengesyaki ianya mencurigakan sila laporkan kepada pihak polis untuk sebarang tindakan lanjut. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI