BERAKAS, Selasa 16 Julai 2019 – Pada 15 Julai 2019, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Berakas telah berhasil menangkap tiga orang suspek lelaki warganegara tempatan kerana dipercayai terlibat dalam kes curi di dalam rumah kediaman di kawasan Kg Manggis Dua, Berakas iaitu kehilangan dua peti keselamatan yang berisi barangan kemas.
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga suspek dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dalam bangunan yang mana kesemua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari Selasa 16 Julai 2019.

Suspek pertama bernama Mohd Zulnizam bin Zulkifli, 34 tahun dan suspek kedua bernama Mohamad Nazib bin Haji Ibrahim, 36 tahun yang mana keduanya bekerja sendiri telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 bulan.
Manakala suspek ketiga bernama Haji Hamzah bin Haji Ibrahim, 41 tahun dan bekerja sebagai seorang guru dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 bulan yang bermula 16 Julai 2019.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa mengongsikan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah atau kejadian yang mencurigakan ke talian kecemasan polis 993 atau menyalurkan ke Balai-balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
