TUTONG, Jumaat 8 Mac 2019 – Dua (2) orang lelaki warganegara tempatan dijalankan siasatan kerana disyaki terlibat dengan laporan yang melibatkan kes pecah rumah dan curi kabel di Kawasan Perumahan Bukit Beruang, Daerah Tutong.   

Siasatan tersebut dikendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hasil daripada risikan dan pemantauan sehingga berhasil membuat penahanan ke atas dua (2) orang suspek di rumah kediaman yang berasingan.   

Suspek pertama, Amirizal bin Mohammad berumur 33 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. 

Manakala suspek kedua, Hj Endi Endrawardi bin Hj Md Idris berumur 42 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.   

Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai ada terlibat dengan beberapa kes yang sering dilaporkan di kawasan berkenaan berkaitan dengan kecurian kabel. Walaubagaimanapun, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut.   

Kedua-dua suspek akan menghadapi 3 pertuduhan di bawah Seksyen 380 (Curi dalam bangunan), 427 (Merosakkan barang) dan 411  (Secara tidak jujur menerima barang curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.   

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menyeru dan menasihatkan kepada orang ramai agar tampil bagi mengongsikan dan memberikan sebarang maklumat bagi tujuan pencegahan, pembanterasan dan juga bagi menurunkan kadar jenayah di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI