Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB)
menerima laporan kes curi sebanyak
15 kes yang melibatkan beberapa
tempat kediaman, bangunan, tempat
membeli belah dan kawasan letak
kereta adalah seperti berikut :
1.
Kawasan Bangunan
Kiarong Kompleks,
2. Kawasan
Jalan Jerudong,
3. Kawasan
Kg. Pasai Sengkurong,
4. Kawasan
Dewan Kemasyarakatan Jalan 2
Perpindahan Lambak Kanan,
5. Kawasan
Kg. Serusup, Jalam Muara,
6. Kawasan
Kompleks Delima Jaya,
7.
Kawasan
Bangunan Hasbollah, Gadong,
8.
Kawasan Bangunan Abd
Razak, Gadong,
9. Kawasan
Kg. Sengkarai, Tutong,
10. Kawasan Masjid Kg. Binutan,
Tutong,
11. Kawasan
Power Station Kg. Tanjong Maya,
Tutong,
12. Kawasan
Jalan Tengah Panaga, Seria,
13. Kawasan
Jalan Pandan, Kuala Belait,
14. Kawasan
Maktab Kejuteraan Jefri Bolkiah,
Kuala Belait.
Antara barang-barang yang dilaporkan
hilang ialah 1 Unit Kamera Digital ;
1 Unit Komputer ; 1 Unit Laptop ; 1
Mesin Sikut ; 2 biji telefon bimbit
; Beberapa kable elektrik ; beberapa
keping besi longkang ; barang-barang
kemas ; dokumen-dokumen penting dan
wang tunai terkumpul berjumlah
sebanyak BND $350 ringgit.
PDB juga mencatitkan 43 laporan kes
pemeriksaan perahu di kawasan
sungai-sungai Brunei yang di
jalankan oleh Pasukan Polis Merin;
1 laporan kes curi kable mendapati
seorang lelaki warga asing beumur 43
tahun telah ditangkap;
3 laporan waran tangkap ke atas 2
orang lelaki dan 1 orang wanita
tempatan;
1 laporan kes Akta Buruh gaji tidak
dibayar;
1 laporan kes kebakaran;
1 laporan kes dipercayai mencuri
gaharu iaitu 2 orang lelaki telah
ditahan untuk siasatan lanjut;
5 laporan kes rusak barang
berhubung dengan kes ini seorang
lelaki tempatan telah ditahan;
3 laporan kes pukul mendapati 3
orang lelaki tempatan telah ditahan
untuk siasatan lanjut;
1 laporan kes wang dikeluarkan dari
kad ATM tanpa pengetahuan tuan
punya;
1 laporan kes kad Kredit digunakan
tanpa pengetahuan tuan punya;
3 laporan kes pembantu rumah lari
dari majikan;
1 laporan kes keluar rumah;
2 laporan kes sesat dalam hutan, di
tempat yang berasingan iaitu di
Bukit Shahbandar dan tasek lama pada
3 May 2010 iaitu kedua-dua mangsa
lelaki tempatan telah pun ditemui
pada tarikh yang sama;
1 laporan kes judi jenis 4 digit
iaitu ditahan 2 orang wanita dan 11
orang lelaki tempatan untuk siasatan
lanjut;
1 laporan kes tangkapan berhubung
dengan kes Akta Judi yang mana
tangkapan 1 orang lelaki tempatan;
1 laporan kes Akta Pelacuran iaitu
3 orang wanita warga asing ditahan;
1 laporan kes Akta Majlis Ugama
Islam iaitu seorang lelaki dan
seorang wanita tempatan ditahan;
1 laporan kes Akta Penyalahgunaan
Dadah iaitu seorang lelaki tempatan
yang berumur 28 tahun ditahan;
2 laporan kes Akta Kastam yang
berhubung dengan menyeludup beras
wangi dan minuman keras sementara
itu 2 orang lelaki ditangkap dan 4
orang lelaki masih lagi dalam
siasatan yang terdiri dari warga
tempatan dan warga asing.
1 laporan kes dibawah Akta
Imigresen yang mana 3 orang wanita
warga asing ditangkap.
Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu
Lintas telah menerima sebanyak 34
laporan kes kemalangan lalu lintas
iaitu :
19 laporan kes melibatkan
kemalangan kereta dengan kereta, 14
laporan kes melibatkan kemalangan
sendiri dan 1 laporan kes melibatkan
kemalangan sendiri motosikal.
Berhubung dengan laporan kes itu
mendapati 7 orang telah mendapat
cedera ringan.
Dalam pecahan kes kemalangan di
empat-empat daerah Negara Brunei
Darussalam adalah seperti berikut :
Kawasan Daerah Brunei Muara, 22 kes
; Daerah Belait, 8 kes ; Daerah
Tutong, 3 kes dan Daerah Temburong,
1 kes.