MUKA DEPAN

PENTADBIRAN

LOGISTIK

GERAKAN

LALULINTAS

SIASATAN

PERISIKAN

 
 
 
 

Jabatan Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei bertanggungjawab dan berfungsi terhadap semua aspek operasi yang meliputi bidang keselamatan dan kawalan disamping berperanan menguatkuasa undang-undang Negara Brunei Darussalam yang sedia ada.

Jabatan Gerakan Polis Diraja Brunei diketuai oleh seorang Pengarah dan Timbalan Pengarah serta dibantu oleh Pegawai Turus.

 

Tugas dan tanggung jawab  

Jabatan Gerakan juga meliputi bidang kawalan terhadap bahan-bahan letupan termasuk bunga api yang diimpot ke negara ini.

 

Sebagai sebuah Jabatan yang penting terdapat beberapa buah formasi dalam Pasuka Polis Diraja Brunei termasuk di bawah perintah Jabatan Gerakan. Formasi-formasi tersebut ialah Pasukan Polis Simpanan A, B, C dan D,Polis Marin, Polis Lapangan Terbang, Pasukan Gerak Khas dan Polis Kawalan Diraja serta Unit Peronda Skuad Tindakan Segera (S.T.S).

 

Bilik Gerakan Polis Diraja Brunei (State Control Centre) juga di bawah kawalan Jabatan Gerakan dimana ia berfungsi dan bertangungjawab terus ke Pesuruhjaya Polis yang mana beroperasi 24 jam. Semasa sesuatu operasi atau keberangkatan rasmi yang melibatkan Kerabat-Kerabat Diraja atau Pembesar-Pembesar Luar Negara tang datang ke Negara Brunei Darussalam, Bilik Gerakan memainkan peranan penting dalam memantau segala pergerakan dan tindakan yang dijalankan.

 

 

Jabatan Gerakan juga mempunyai hubungan erat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain disamping mempunyai hubungan erat dan bersepadu dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khusus bagi tugas keselamatan negara.

 

Dalam menghadapi cabaran masa depan, Jabatan Gerakan Polis Diraja Brunei mempunyai misi dan visi yang tersendiri.

 

Misi

Untuk memberi perlindungan keselamatan yang berkesan di seluruh negara dengan mempunyai anggota-anggota yang berkemahiran tinggi serta terlatih dan dilengkapi dengan alat senjata dam teknologi canggih serta mempunyai ilmu pengetahuan disamping merealisasikan misi memperkembang sumber tenaga manusia menjadi keutamaan Jabatan Gerakan.

 

Visi

Sebagai sebuah Jabatan yang kukuh, dedikasi, professional, berpengetahuan dan moden dalam organisasi Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Jabatan Gerakan akan sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang negara disamping memberikan tahap servis yang maksima terhadap keselamatan negara dan ketenteraman rakyat Negara Brunei Darussalam.