MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Waspada keluarkan wang di mesin ATM

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Polis menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita untuk lebih berhati-hati apabila membuat pengeluaran wang melalui mesin ATM berikutan dengan kejadian kes rompak yang berlaku baru-baru ini yang membabitkan mangsa seorang wanita.

Mangsa sekitar pukul 7.45 pagi pada 11 Mei lalu telah menggunakan mesin ATM untuk mengeluarkan wang sejumlah $250 dan sebaik sahaja mangsa masuk ke dalam kereta, seorang lelaki yang tidak dikenali telah meluru masuk ke dalam kereta mangsa dan mengancam mangsa dengan menggunakan senjata tajam lalu merampas duit mangsa dan melarikan diri.

Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini dan polis sekali lagi mengingatkan orang ramai yang hendak mengeluarkan wang, seboleh-bolehnya ditemani bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Polis dalam laporan hari ini turut menerima 22 kes curi yang berlaku di tempat berasingan dalam tempoh empat hari kebelakangan dengan sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, komputer riba, dokumen penting, pemain DVD, bateri kereta, peti sejuk, kamera digital, barang kemas, wang sejumlah $5,000, cek yang mempunyai jumlah $300 dan televisyen plasma.

Tiga buah kereta turut dilaporkan hilang iaitu jenis Toyota Kijang dengan pendaftaran BM8495, Toyota Corolla dengan pendaftaran KM7633 dan Nissan Pulsar dengan pendaftaran KD1704.

Kes lain yang diterima termasuk rosak barang yang membawa tangkapan seorang lelaki warga asing, menerima cek tendang dengan tangkapan dua lelaki tempatan, wang dikeluarkan tanpa pengetahuan pemiliknya, ceroboh dengan tangkapan seorang lelaki warga asing, nama syarikat digunakan yang membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan, pondan dengan tangkapan dua orang lelaki, mencuri wang majikan dan pekerja lari dari majikan.

Polis turut merekodkan kesalahan di bawah akta iaitu buruh, agama, pencegahan rasuah, judi dengan tangkapan tiga lelaki tempatan untuk siasatan, penyalahgunaan dadah dengan tangkapan dua lelaki tempatan, kastam berhubung dengan penyeludupan minuman keras dan rokok serta imigresen.

Oleh Rafidah Jumat

 

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer